1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ
tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang
dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme
sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan
haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala
yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya
yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia
di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
No comments:
Post a Comment