Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Thursday, February 14, 2013

HASIL KAITAN BENANG BERBENTUK JANTUNG

Seorang artis seni bernama Kate Jenskin menghasilkan satu siri koleksi hasil kait benang berbentuk jantung sempena hari kekasih di London.



gambar selebihnya klik dibawah

LUKISAN PERMAINAN LORONG SESAT PALING MENAKJUBKAN

Seorang berbangsa Jepun menggunakan nama Kya7y di laman twitternya, menjumpai satu hasil lukisan lorong sesat yang mungkin biasa kita bermain, iaitu dengan bermula dari lorong mula dan berakhir dengan lorong penamat, tetapi lukisan lorong sesat ini amat menakjubkan, ianya dihasilkan oleh bapa beliau 30 tahuan yang lalu, dan mengambil masa selama 7 tahun untuk menyiapkannya. Ukuran lukisan lorong sesat ini bersaiz 33 inci panjang dan lebar sepanjang 23 inci.


gambar selebihnya klik dibawah 


Sunday, February 10, 2013

TATU PADA KULIT PISANG


Seorang pengkarya seni grafik bernama honey menghasilkan karya yang unik iaitu dengan menghasilkan tatu pada kulit pisang berentuk potret manusia. Beliau berkata idea tersebut datang apabila beliau sedang menghadap komputer, dan berliau berfikir untuk melakukan sesuatu yang kreatif. Di rumah beliau terdapat banyak pisang kemudian beliau cuba melukis di atas kulit pisang tersebut tetapi agak sukar, kemudian beliau mencucuk pada buah pisang tersebut dengan pen, lalu muncullah idea untuk menghasilkan corak tatu berbentuk potret manusia di atas buah pisang tersebut, tetapi beliau menukar untuk menggunakan jarum, kerana mata jarum lebih tajam dari mata pen.
 gambar selebihnya klik dibawah

Saturday, February 9, 2013

LEGO BAS KUCING

Siapa pernah menontoh filem kartun ' My Neighbor Totoro' sebuah karya tahun 80an oleh Hayao Miyazaki, karakter kartunnya yang masih popular hingga hari ini. Jika sesiapa yang pernah menonton pasti mengingati watak seekor kucing yang menjadi sebuah bas dalam filem tersebut.

Seorang penggemar LEGO di JEpun bernama Tomoyuki Wakata atau lebih dikenali dengan LEGOROBO, menghasilkan sebuah lego menuruti watak Catbus, iaitu watak kucing tersebut. Jom kita lihat, juga terdapat video.






gambar selebihnya klik dibawah

BAJU KREATIF

Sebuah syarikat pakaian dimiliki oleh Ninette Ellmann menghasilkan satu baju t-shirt yang kreatif apabila digayakan bersama rantai, gabungan dua item tersebut menghasilkan gambaran yang sangat kreatif.


gambar selebihnya klik dibawah


LAMPU 'GUMMY BEARS'


Seorang pengkarya seni dari New York bernama Kevin Champeny menghasilkan lampu chandelier diperbuat daripada 5000 'gummy bears' iaitu sejenis gula-gula yang liat berbentuk beruang, biasanya chandelier ini kita merujuk kepada lampu diperbuat daripada kaca tapi kali ini lain. Beliau menghasilkan karya ini sebanyak dua, satu daripadanya berdiameter 18 inci diperbuat daripada 3000 gula-gula getah beruang ini, manakala satu lagi bersaiz 31 inci menggunakan gula-gula tersebut sebanyak 5000 biji. 
Apabila cahaya lambu setinggi 50 watt dinyalakan kelihatan gula-gula tersebut bersinar mengikut warna. Kevin menghasilkan lampu ini untuk sebuah syarikat di Amerika bernama Jellio, beliau dikehendaki menghasilkan karya ii sebanyak sepuluh buah dengan saiz yang berbeza.



gambar selebihnya klik dibawah

Friday, February 8, 2013

JIKA KARTUN INI MENGGUNAKAN BAJET MURAH

Kartun yang dihasilkan oleh syarikat perfileman yang besar seperti Disney, Pixar movies dan pelbagai lagi kebiasaannya melibatkan kos yang besar, untuk babak yang mengambi 30 saat sahaja sudah melibat kan ramai orang dan memakan masa yang lama untuk menghasilkannya, dan juga jutaan dollar, jadi cuba bayangkan bagaimana jika filem-filem ini dihasilkan dengan bajet yang sedikit, dan masa yang pendek???


gambar selebihnya klik dibawah



KUCING MEMPUNYAI KENING

Seekor kucing comel bernama Sam mempunyai sepasang bulu kening jom kita tengok gambar kucing comel ini, sesiapa yang mempunyai akaun instagran boleh follow instagram Sam Instagram 


gambar selebihnya klik dibawah 


SENI PADA KAPAL TERBANG TINGGAL

'The Boneyard Project" merupakan satu pameran seni dihasilkan bukan di atas kanvas tetapi pada sebuah kapal terbang tentera yang dilakukan oleh beberapa orang pelukis seni kontemperori. Projek seni ini dilakukan ke atas  kapal terbang-kapal terbang  Perang Dunia ke-2 yang sudah digunakan lagi yang ditinggalkan di sebuah tempat simpanan kapal terbang tersebut bertempat di Arizona, di Amerika Syarikat. Idea penghaslan karya ini telah dicipta oleh Eric Firestone dan Carlo McCormic iaitu seorang kurator seni, pada musim luruh tahun 2010. 


gambar selebihnya klik dibawah

BAPA PERMAINKAN ANAK

Seorang bapa yang cuba 'prank'-kan anaknya dengan memberi Kinder Bueno yang digantikan dengan telur, tak tau nak lawak ker nak kesian hihihi... jom tengok.


Thursday, February 7, 2013

INI BUKAN PHOTOSHOP, LELAKI BERGAMBAR TERBALIK

Seorang jurugambar British bernama Caulton Morris menghasilkan karya yang bertajuk "Upside", iaitu sebuah karya potret beliau sendiri dengan berkedudukan terbalik. Pelbagai tempat berbeza dengan posisi yang sama, seperti di atas tangga, dalam mangkuk tandas, di dalam bot, dan banyak lokasi yang lain. Beliau mengambil masa dalam 10 saat untuk mengambil satu-satu gambar tersebut, segala hasil gambar beliau tidak di-edit. Hasilnya ada sesuatu yang menarik jom kita lihat


gambar selebihnya klik dibawah

BARANG BUANGAN DIJADIKAN BARANGAN KREATIF part2



BARANG BUANGAN DIJADIKAN BARANGAN KREATIF part 1




1. Easter Eggs


gambar selebihnya klik dibawah



BARANG BUANGAN DIJADIKAN BARANGAN KREATIF

Produk yang kreatif juga adalah hasil daripada idea yang kreatif, dalam entry kali ini memaparkan produk-produk yang dihasilkan daripada barangan terpakai, dan juga barangan yang mudah diperolehi diubah menjadi satu produk yang begitu berguna kepada seharian dan juga sebagai hiasan. Amat kreatif sakli ciptaan mereka jom kita tengok.


1. Pop Tabs Bag



gambar selebihnya klik dibawah

MANUSIA KECIL DI DALAM DUNIA MAKANAN

Sepasang suami isteri menghasilkan satu karya fotografi yang kreatif dan menarik iaitu menghasilkan karya berkaitan dengan dunia makanan bersama dengan patung-patung kecil berbentuk manusia, ada yang sedang bersukan, memesin rumput dan macam-macam lagi. Isterinya berbangsa Jepun bernama Akiko Ida dan suaminya pula berbangsa Perancis bernama Pierre Javelle, mereka berdua belajar dalam bidang fotografi di institiut dekoratif seni di Paris. Mari kita lihat hasil karya mereka lebih dari 40 buah gambar



 gambar selebihnya klik dibawah

25 BENTUK CINCIN YANG UNIK


Inner Message Rings



gambar selebihnya klik dibawah


Wednesday, February 6, 2013

PROSES PENGAMBILAN MADU LEBAH DI NEPAL


Proses pengambilan madu di Nepal, amat menakjubkan, sebelum proses pengambilan dilakukan mereka akan melakukan sedikit doa dan beberapa pemujaan dengan menyediakan buga, buah-buahan dan nasi. Kemudia mereka akan menghidupkan api yang perlahan dengan kepulan asap , dan menghalakannya ke arah sarang lebah, bagi menghalau lebah-lebah tersebut dari sarangnya.Dari atas mereka akan membawa turun sarang yang mengandungi madu tersebut ke bawah dengan menggunakan tali, cara ini masih lagi dikekalkan sehingga sekarang. Antara tempat-tempat menjadi tumpuan pengumpul madu di Nepal ada seperti di Bhujung, Nai Chi, Pasgaon, Naya Gaun, Ludhi dan Dare. Begitu hebat dan berani pemburu madu lebah ni, mari kita saksikan gambar-gambar proses ini.


gambar selebihnya klik dibawah


TERUS BAKIT TIDUR DENGAR LAGU KEGEMARAN

seronok tengok baby ni, comel, dari nyenyak tidur, bila ayahnya memasangkan lagu kegemaran belau, lalu bingkas bangun menari...


BUKIT DIPENUHI SALIB

Bertempat di Utara Lithuania, terdapat satu bukit yang dipenuhi dengan beribu-ribu tiang salib, di sini merupakan tempat bagi mereka yang beragama Kristian sebagai tempat menunaikan ibadah mereka dan juga antara tempat yang dianggap lambang kemegahan kepada Lithuania. Asal usul bagaimana terciptanya bukit salib ini tidak diketahui dengan jelas, tetapi dipercayai salib pertama di letakkan di dalam bekas Jurgaičiai  di bukit ini dan ada juga mengatakan bukit ini asalnya sebuah kubu yang dibina pada tahun 1831. Sudah lebih seratus tahun, bukit ini bukan sahaja dipenuhi dengan salib ia juga dipenuhi dengan, ukiran patung pejuang Lithuania, patung Virgin Mary dan banyak lagu patung-patung yang lain di bawa ke sini. Dikatakan terdapat lebih dari 100, 000 salib di atas bukit ini.


 gambar selebihnya klik dibawah

TRUST FALL FAIL

Mungkin ramai tahu aktiviti dimana anda menjatuhkan badan anda ke belakang dan seorang kawan anda perlu menunggu dibelakang anda untuk menahan anda dari jatuh. Apa yang berlaku dalam video ini jom kita saksikan.


KETAM KELAPA KETAM GERGASI

Ketam Kelapa, anda pernah lihat? Mungkin ada daripada anda pernah melihat ketam ni, saiznya yang amat besar beza dengan ketam biasa. Ianya dipanggil ketal kelapa kerana ia mampy mengupas buah kelapa untuk memakan isi di dalam buah kelapa. Ketam ini juga mampu memanjat pokok kelapa. Ketam ini banyak dijumpai di pulau-pulau di sepanjang lautan India dan lautan pasific, jangan tidak tahu ketam kelapa juga terdapat banyak di negeri Sabah. Ketam ini hidup dengan memakan buag-buahan dan juga kekacang. 

p/s: dikatakan isinya sangat sedap, siapa pernah makan?


gambar selebihnya klik dibawah

LANDSKAP BUATAN KELIHATAN SEPERTI PEMANDANGAN SEBENAR


Matthew Albanese seorang artis dari New York, menghasilkan landskap buatan yang seolah-olah sebenar dan beliau menggabungkan dengan teknik fotografi menjadikan landskap tersebut seolah-olah wujud di atas bumi yang nyata ini. Beliau menamakan projek ini iaitu "Strange World" sememangnya menankjubkan, beliau mebghasilkan landskap terumbu karang menggunakan kekacang dang menghasilkan gunung dengan menggunakan batang kayu manis. Menjadi seorang juru gambar dan teknik tangkapan yang bagus, menjadikan suasana dalam gambar landskap mininya seolah-olah seperti satu keadaan semulajadi.
Jom kita lihat hasil kerja Matthew.
1. Pergunungan

 gambar selebihnya klik dibawah

Tuesday, February 5, 2013

25 GAMBAR HAIWAN ALBINO

Albino adalah orang yang tidak mempunyai warna, atau pigmentasi. Semua ras mempunyai jumlah pigmentasi tertentu, walaupun beberapa diantaranya ras kulit putih (terutama orang Skandinavia) hanya mempunyainya dalam jumlah sangat sedikit. Apa yang menyebabkan warna atau pigmentasi ini pada manusia? Hal ini dihasilkan oleh zat tertentu di dalam tubuh yang saling beraksi satu sama lain. Zat ini adalah dasar warna atau kromogen, pigmentasi dihasilkan. Kalau seseorang kebetulan tidak mempunyai salah satu zat ini di dalam tubuhnya, tidak ada pigmentasi dan ia menjadi "albino".

Penerangan di atas adaah berkaitan dengan manusia, bagaimana pula dengan haiwan, ia juga adalah sama, bagaimana rupa haiwan mengalami penyakit ini? jom kita tengok 25 haiwan mengalami penyakit albino ini.


1. Beruang






gambar selebihnya klik dibawah

BARANG RUMAH BESAIZ GERGASI


Seorang pengkarya penghasil arca iaitu Romulo Celdran  dilahirkan di Las Plamas de Gran Canaria menghasilkan karya yang mempunyai saiz yang lebih besar berbentuk barangan di dalam rumah. Karya beliau bertajuk 'Macro' menghasilkan objek yang pada asalnya kecil tetapi diperbesarkan melalui karyanya, antara objek tersebut adalah seperti penutup pen, penyepi bajut, span, dan mancis api. Menurut Romulo karya ini mengajak penonton untuk melihat dan dengan lebih teliti akan objek-objek tersebut, dan melihat bahagian yang mungkin kita tidak perasan selama ini

 gambar selebihnya klik dibawah

EKSPRESI WAJAH DIBALUT DENGAN PITA PELEKAT


Pada musim krismas yang lalu, seorang fotografer bernama Wes Naman membalut hadiah krismas bersama pembantunya dan kemudiannya mereka bermain dengan pita pelekat pembalut hadih tersebut. Sebagai seorang artis atau pun pengkarya seni beliau terus menjadikan mainan itu menjadi satu karya seni beliau bertajuk "Scotch Tape" siri potret dimana mereka yang secara yang terlibat sukarela di dalam siri ini, di lilit dengan pita pelakt pada wajah mereka untuk menghasilkan wajah yang lawak dan ekspresi yang pelik. Hidung dibengkokkan dan Wes menarik kening mereka sehingga mata mereka menjadi juling, dan hasilnya, mari kita saksikan...

gambar selebihnya klik dibawah

23 BENTUK CUPCAKE YANG CANTIK DAN UNIK

Kini makanan hidangan cupcake menjadi popular dan pilihan orang ramai masa kini, pelbagai bentuk dan hiasan yang menarik membuatkan kita tertarik untuk makan, jom kita lihat bentuk-bentuk cupacake yang unik dan mungkin boleh dijadikan sebagai idea anda untuk menghasilkan cupcake yang unik dan lebih menarik.

1. Rainbow Cupcake



gambar selebihnya klik dibawah

LUKISAN POTRET YANG HEBAT DARI KELVIN OKAFOR

Jika dilihat secara dekat gambar di bawah in mungkin sangkaan anda, ianya adalah hasil daripada fotografi, tetapi sebenarnya semua gambar di bawah ini adalah hasil karya lukisan, jika sebelum ini kita sudah melihat karya hebat Diego Fazio  kini kita akan melihat karya hebat oleh Kelvin Okafor seorang pengkarya dari England,  . Beliau menghasilkan karya beliau hanya menggunakan satu set pensil dan seelai kertas dan sedkit charcoal (pensil arang). Jika dilihat secara dekat karya beliau agak sukar untuk melihat garisan pensil, semuanya seolah-oleh kelihatan sebenar. kebanyakkan karya beliau banyak melukis potret-potret selebriti dan orang-orang terkenal seperi Amy Winehouse, Justin Bieber, Beyonce, Putri Diana, Mother Teressa dan ramai lagi





gambar selebihnya klik dibawah

Monday, February 4, 2013

EKSPERSI WAJAH KETIKA BLOW JOB part 2

Kita sudah melihat hasil projek Tadas Černiauskas menerusi projek 'BLOW JOB' kini mari kita saksikan di bahagian 2 siri ini, kali ini beserta dengan video, semoga terhibur dan ekspresi wajah yang kelakar ini.



gambar selebihnya klik dibawah

EKSPERSI WAJAH KETIKA BLOW JOB


Ok tajuk agak kontroversi jangan fikir yang lain ya hihi. Di Vilnus ketika program Rekaan Mingguan , seorang fotografer bernama Tadas Černiauskas telah menghasilkan satu sesi fotografi yang sememangnya gila. Pengunjung yang mengunjungi TADAO CERN studi di program tersebut dijemput untuk terlibat dengan sesi fotografi ini dipanggil BLOW JOB, dimana mawaj mereka akan ditiupkan dengan angin yang kuat dan dari situ wujud satu ekspresi wajah yang melucukan. Tadas memberitahu beliau inginkan sesuatu yang menyeronokkan beliau bersama dengan pengunjung, dan ramai daripada mereka tidak takut untuk kelihatan pelik, dan ramai yang teruja. 


gambar selebihnya klik dibawah

PULAU DIPENUHI PATUNG YANG MENAKUTKAN


Di Mexico terdapat sebuah pulau bernama "Isla de Las Munecas" diamana semua pokok di siti dipenuhi dengan gantungan patung yang menakutkan. Mengikut kisah lama, suatu masa dahulu terdapat 3 orang budak perempuan bermain di kawasan terusan tersebut dan kemudian mereka di katakan lemas di sekitar pulau tersebut.
Pada tahun 1950 seorang lelaki bernama Julian Santana Barrera memilih untuh tinggal di pulau tersebut sendirian walaupun beliau sudah beristeri dan ada anak. Amat pelik apabila beliau mempunyai tabiat mengumpul anak patung, beliau mengutip anak-anak patung yang telah dibuang, sehinggakan penduduk sekitar memberi patung kepada Julian sebagai tukar membeli sayuran segar dari Julian. Julian percaya patung-patung tersebut membuatkan roh kanak-kanak perempuan itu gembira.
Secara kebetulan Julian ditemui mati di tempat yang sama iaitu diterusan tempat lemasnya 3 kanak-kanak perempuan tersebut. Ada yag mengatakan Julian terdengar terdapat suara yag memanggil beliau ke terusan tersebut.
Kini pulau “La Isla de la Munecas” menjadi tempat tarikan pelancung untuk ke situ walaupun keadaan amat menyeramkan.
 gambar selebihnya klik dibawah


LANTAI BILIK AIR YANG MENAKUTKAN

Seorang arkitek bernama Henandez Arquiectos dari Studio Guadalajara telah mereka satu rekaan hiasan dalaman bagi semua rumah penthouse di atas sebuah bangunan bekas bangunan jajahan Mexico di Guadalajara. Yang menariknya lantai bilik air tersebut berlantaikan cermin lutsinar dimana lantai tersebut membuatkan anda mampu melihat 15 tingkat ke bawah. Beranikah anda menjejakkan kaki ke dalam bilik air tersebut? Jom kita lihat gambar bilik air tersebut.


 gambar selebihnya klik dibawah

LUKISAN PADA BADAN SEAKAN SEBENAR


Seorang pelajar seni di Jepun  bernama Choo- San, berumur 19 tahun menggunakan warna akrilik sebagai bahan media yang merubah dirinya kepada sesuatu yang pelik dengan bakat melukis beliau. Mulut berbentuk panjang, 6 biji mata pada wajah, dan ruang meletak bateri pada lengan, ini adalah antara ayang telah beliau lakukan pada badan manusia menerusi bakatnya.
Beliau memberitahu bahawa beliau amat gemar melukis mata dan objek-objek yang lain ketika beliau rehat daripada mengulangkaji pelajaran di Universiti. Akhirnya beliau mengambil langkah dengan berminat menghasilkan lukisan pada anggota badan dengan lukisan kelihatan realistik, Choo juga memberitahu, beliau menjadikan tatoo pelik yang dihasilkan oleh Yomico Moreni sebagai inspirasi beliau dalam menghasilkan lukisan ini. Jom kita lihat 17 karya beliau di bawah.

gambar selebihnya klik dibawah

7 MAKANAN PALING SADIS DI DUNIA

1. Ikizukuri (Jepun)


Makanan khas Jepun yang tentunya menyajikan ikan segar di atas piring dalam keadaan hidup. Di luar masyarakat Jepun, menu yang satu ini ternyata sangat kontroversi.. kerana makanan itu dianggap terlalu kejam. Kerana menu ini menyajikan ikan yang sudah ditaruh diatas piring dengan tubuh yang sudah teriris tipis-tipis tapi ikan tersebut masih dalam keadaan masih hidup. menggeliat bahkan masih berjuang untuk boleh bertahan hidup di atas piring Anda.


gambar selebihnya klik dibawah

Sunday, February 3, 2013

33 RAK BUKU MODEN YANG UNIK part 2

1. The Invisible Book Shelf



gambar selebihnya klik dibawah

2 LELAKI YANG TIDAK MENGENAL ERTI GAYAT

Sebelum ini kita sudah melihat entry Seorang Perempuan Yang Tidak Mengnal Erti Gayat, sekarang mari kita lihat  2 lelaki yang tidak mengenal erti gayat pula. 2 orang lelaki dari Russia iaitu Vitaly Raskalov dan Alexander Remnov menggelarkan diri mereka sebagai 'skywalker' sememangnya berani apa bila mereka berdua mendaki lebih daripada 22 buah bangunan di sekitar Moscow dan beberapa bandar lain lagi di Rusia yang berketinggian lebih daripada 380 meter bersama dengan kamera mereka.

Ketika mendaki bangunan-bangunan tinggi tersebut mereka tidak menggunakan apa-apa alat bantuan keselamatan, mereka sanggup mendaki bangunan Akademi Sains Rusia  untuk menikmati panorama pemandangan  melihat Stesen Keretapi Kiev dari atas, bagi mendapatkan gambaran terbaik. Sememangnya tidak boleh bayangkan perasaan mereka ketika berada di atas sana, yang sudah cukup membuatkan kita merasa gayat apabila melihat hasil tangkapan gambar mereka.


Jom kita lihat hasil tangkapan gambar mereka.





gambar selebihnya klik dibawah

APABILA BURUNG SEBENAR BER-TWITTER


Ini yang dikatakan twtter sebenar iaitu di-twit oleh burung yang sebenar. Seorang pengarah iaitu Voldemars Dudums dari Latvia telah mencipta satu sistem dimana burung juga boleh ber-twitter dan update status mereka di twitter. apa yang diperlukan hanya sebuah papan kekunci (keyboard) dan sedikit makanan berlemak tanpa garam, yang diletakkan pada permukaan papan kekunci tersebut yang diikat dengan skrew. apabila burung-burung terbut memakan makanan tersebut mereka akan menekan papan kekunci tersebut dengan menggunakan paruh mereka dan apa yang ditekan akan di post terus ke akaun twitter mereka.
Burung-burung tersebut juga gemar dengan idea ini, kerana idea ini juga menyumbang makanan kepada mereka apabila tiba musim sejuk terutamanya. Alatan yang dicipta oleh Voldemars ini juga boleh berfungsi walaupun cuaca mencapai bawah kosong darjah celcius.@hungry_birds akan memuat naik statusnya setiap hari dari pukul 5.00 hingga pukul 16.00 mengikut sistem GMT. Twit yang terpilih diupdate di twitter @hungrybirdsnews . Tidak hairan jika Voldemars telah memenangi anugerah kesukaan ramai untuk anugerah inovasi dalam pengiklanan untuk Guerrilla 

gambar dan video selebihnya klik dibawah


LELAKI MELAKUKAN PEMBEDAHAN KERANA OBSES DENGAN SUPERMAN


Kebiasaan kanak-kanak meminati watak superhero sehingga ke sekolah menengah sahaja tetapi tidak bagi Herbert Chaves, seorang lelaki dari Filipina yang berumur 35 tahun. Beliau yerlalu obses dengan watak Superman sehinggakan beliau sanggu melakukan pembedahan pada hidung, pipi bibir dan lekuk pada dagu beliau, begitu juga dengan warna kulitnya yang hampir sama seperti pelakon watak Superman.

Lebih 10 tahun beliau menjalani pelbagai prosedur bagi memastikan beliau mempunyai bentuk hidung yang mancung seerti sekarang, beliau melakukan pembedahan plastik pada pipi, bibir dan dagu beliau, dan menggunakan suntikan bagi memutihkan kulit beliau. Beliau juga bercadang untuk melakukan beberapa pembedahan lagi untuk mendapatkan badan yang berotot dan juga ingin menambahkan ketinggian menerusi pembedahan terhadap kakinya. Herbet juga menghasilkan pakaian kostum Superman dengan sendirinya, dan apabila beliau tidak memakai kostum tersebut, beliau akan mengenakan pakaian seperti watak Clark Kent di dalam filem tersebut.


gambar selebihnya klik dibawah

DATUK BERUMUR 72 TAHUN MENJADI MODEL PAKAIAN WANITA

Liu Xianping seorang lelaki Cina berumur 72 tahun menjadi terkenal di internet apabila beliau memperagakan pakaian yang dijual oleh cucu perempuanya secara online di internet. Cucu perempuan beliau yang sudah menamatkan pelajarannya telah mencipta satu jenama iaitu Yueko iaitu rangkaian jualan pakaian wanita.

Ia bermula apabila cucu beliau membuka balutan pakaian kemudian, datuknya mengambil sehelai daripada pakaian tersebut mencubanya lalu memberi cadangan kepada cucunya bagaimana untuk suai padan pakaian tersebut. Setelah itu mereka terus melakukan sesi fotografi, dan gambar datuknya itu terus menjadi gambar utama di laman web online jualan cucunya. Disebabkan gambar datuknya itu jualan perniagaan online cucu beliau terus meningkat dengan mendadak kerana menjadikan datuknya sebagai model.


gambar selebihnya klik dibawah

Saturday, February 2, 2013

PERKHIDMATAN TIDUR BERPELUKAN BERSAMA

Seorang wanita dari Penfield, New York, menyediakn servis untuk tidur berpelukan bersmanya dengan bayaran sebanyak $60 dollar. Jacqueline Samuel nama beliau yang tinggal di sebuah rumah cottage kecil di New York, beliau berkata perkhidmatan beliau menigkat terutamanya pada musim panas.



gambar selebihnya klik dibawah

GARAJ KERETA YANG HEBAT

Bagi penggemar kereta pasti teruja melihat garaj seba mewah ini, ini adalah garaj kepunyaan TR Building & remodeling Inc sempena pameran mereka.


 gambar selebihnya klik dibawah

PROSES PENGHASILAN JONGKONG EMAS

Bagaimana proses penghasilan jongkong emas dilakukan, jom kita melihat proses penghasilan tersebut di kilang Ögussa GmbH di Vienna.



gambar selebihnya klik dibawah

BUNGKUSAN PRODUK YANG UNIK

1. Meletakkan sticker gambar bontot perempuan di bawah botol sos agar lelaki yang 
ingin makan sos ini lebih ghairah menepuk bawah botol sos tersebut, untuk sos itu keluar .


gambar selebihnya klik dibawah

TERPUKAU DENGAN GARISAN KARYA HEIKE

Heike Weber seorang pelukis dari German berliau menghasilkan karya dengan menggunakan pen marker untuk melukis dan memenuhi ruang lantai dan dinding lebih dari 5000 kaki persegi. Beliau amat berhati-hati ketika menghasilkan karya ini dengan memastikan garisan dan ruang putih dalam keadaan yang terkawal, tujuan karya ini dihasilkan adalah kerana ingin mewujudkan perasaan 3 dimensi dan seolah-olah melihat keadaan sekeliling seperti terapung dan bergerak, diri terasa terasa terapung apabila menjejakkan kaki ke atas garisan tersebut. Karya ini dihasilkan di sebuah cafe di Parague dan cafe tersebut digelar cafe 'tanpa lantai'.
Heike juga merupakan seorang pengkarya seni yang turut gemar dengan menggunakan elemen garisan memalui fotografi, dan arca


gambar selebihnya klik dibawah

PASANGAN MENCERITAKAN BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ANAK


Seorang jurugambar dari Canada Patrice Laroche , ketika isteri beliau Sandra Denis mengandung, beliau telah cuba menghasilkan siri gambar 'How To Make a Baby'. Siri ini mengambil masa 9 bulan untuk disiapkan sama dengan perjalanan usia kandungan kandungan isteri beliau. Sememangnya menarik dan gambar-gambar ini boleh ditatap oleh anak perempaun beliau iaitu Justine, melihat kasih sayang ibu dan ayah beliau menanti kelahiran beliau.

gambar selebihnya klik dibawah

17 GAMBAR KEHEBATAN PENYAMARAN BURUNG HANTU


gambar selebihnya klik dibawah

TEROWONG CINTA


The Tunnel Of Love atau Terowong Cinta terletak di Ukraine, merupakan laluan keretapi yang cantik sehingga mewujudkan suasana romantik berikutan dengan pemandangan yang begitu asyik di terwong tersebut. 
Pokok-pokok yang tumbuh hijau mekar di sekeliling laluan keratapi tersebut terbentuk apabila keretapi api yang lalu di situ dan membentuk satu terowong, hari ini terowong ini menjadi popular bagai pasangan kekasih di sana, untuk meninjau di kawasan terowong tersebut sambil berpimpin tangan dan mengharapkan impian cinta mereka tercapai.

 gambar selebihnya klik dibawah

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks