Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Sunday, February 3, 2013

LELAKI MELAKUKAN PEMBEDAHAN KERANA OBSES DENGAN SUPERMAN


Kebiasaan kanak-kanak meminati watak superhero sehingga ke sekolah menengah sahaja tetapi tidak bagi Herbert Chaves, seorang lelaki dari Filipina yang berumur 35 tahun. Beliau yerlalu obses dengan watak Superman sehinggakan beliau sanggu melakukan pembedahan pada hidung, pipi bibir dan lekuk pada dagu beliau, begitu juga dengan warna kulitnya yang hampir sama seperti pelakon watak Superman.

Lebih 10 tahun beliau menjalani pelbagai prosedur bagi memastikan beliau mempunyai bentuk hidung yang mancung seerti sekarang, beliau melakukan pembedahan plastik pada pipi, bibir dan dagu beliau, dan menggunakan suntikan bagi memutihkan kulit beliau. Beliau juga bercadang untuk melakukan beberapa pembedahan lagi untuk mendapatkan badan yang berotot dan juga ingin menambahkan ketinggian menerusi pembedahan terhadap kakinya. Herbet juga menghasilkan pakaian kostum Superman dengan sendirinya, dan apabila beliau tidak memakai kostum tersebut, beliau akan mengenakan pakaian seperti watak Clark Kent di dalam filem tersebut.


gambar selebihnya klik dibawah





 







1 comment:

  1. wlaupun da wat surgery, still tak same pon ngan superman...

    ReplyDelete

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks