Pemenang
pertandingan kecantikan, Kim Yu-mi, yang memenangi gelaran Miss Korea
pada Julai, mengakui bahawa dia tidak dilahirkan dengan kecantikan
secara semula jadi. Pada sebuah acara hiburan di TVN pada 18 Julai, Kim Yu-mi menceritakan
tentang skandal yang terungkap apabila sebuah gambar lama dirinya
beredar di dunia maya setelah kemenangannya di pertandingan kecantikan
tersebut.
Di album gambar dalam buku tahunan sekolahnya - yang dimuat naik oleh salah seorang rakannya - Kim Yu-mi mempunyai penampilan yang sangat berbeza yang menjadi bukti bahawa ratu kecantikan itu sudah melakukan pembedahan plastik selepas dia lulus sekolah.
"Saya sudah punya firasat bahawa gambar-gambar lama saya akan muncul ke permukaan," ujar Yu-mi.
"Tapi aku terkejut apabila media melaporkan aku mengaku mempunyai kecantikan semulajadi. Aku tidak pernah mengatakan sekalipun aku lahir dengan kecantikan semula jadi," kata pelajar perfileman di Konkuk University tersebut.
No comments:
Post a Comment