Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Thursday, March 8, 2012

KONY 2012




Hari ini tengah duduk layan dekat channel Ellen Degeneres Show, memang best channel dia sebab semua video dia lawak2, tambah plak video pasal Sophia Grace dan Rosie tu, mmg cute giler budak dua orang nih....

Tengah-tengah tengok video sambil tu baca komen video, tengah2 duk baca, terperasan banyak betul orang komen pasal KONY 2012, buat-buat  tak kisah lagi sebab ingatkan komen spam, lepas tu tengok video yang lain pun sama orang sibuk komen pasal KONY 2012...

Lepas tu apa lagi start la google-ing apa dia KONY 2012, then ada banyak artikel menceritakan tentang kempen yang dilakukan oleh badan Invisible Children mengenai lelaki bernama Joseph Kony, bukan kempen pilihanraya ya... tapi kempen untuk mencari Joseph Kony iaitu ketua  Lord's Resistance Army (LRA) di Uganda aka pengganas di Uganda.

Apa Joseph Kony ni da buat? Dia mempergunakan kanak-kanak di Uganda melakukan kempen keganasan, seperti menjadi hamba seks, membunuh ibu bapa sendiri dan macam2 lagi... Oleh sebab itu kempen ini dinamakan KONY 2012.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi apa kempen yang dilakukan oleh Invisible Children boleh lah tengok video di atas yang di-upload oleh channel  yang bertajuk KONY 2012 yang dihasilkan oleh  Jason Russell juga mengetuai kempen ini.

Tak sangka video ini mendapat perhatian ramai dalam masa 3 hari sahaja viewer video ini sudahpun mencapai sebanyak 26,684,765 viewer. Memang bagus kempen ini diadakan, bagi untuk membantu mereka yang bernasib malang di luar sana, dan kempen ini juga mendapat sokongan daripada Presiden USA Barack Obama. Apa yang tertarik di dalam, video ini adalh dimana semangat mereka yang berusaha membantu kanak-kanak tersebut, dan kelihatan semuanya terdiri daripada anak-anak remaja..

Tetapi adalah lebih baiknya jika kita rakyat-rakyat Malaysia juga mempunyai semangat yang sama membantu saudaramara seIslam kita seperti di Palestin, Iraq dan negara-negara seangkatan yang bergolak dengan peperangan. Kalau tak mampu membantu pun cukuplah dengan bersifat syukur dengan KEADAAN KITA DI BUMI MALAYSIA YANG AMAN DAMAI.... JANGAN TAU NAK KOMPLEN JER....so layan video.......

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks