Friday, January 28, 2011
KISAH MACAM-MACAM
INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya "Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!" Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar.
Sesampainya disana , si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali. "Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung...!" rengus si isteri. "Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini..."
ADA LAGI DIBAWAH
HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti. "Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata. Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan. "Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya. Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia
berkata,
"Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."
MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana?
Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi.
Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment